Ajal dua beradik lemas jatuh jambatan

Ajal dua beradik lemas jatuh jambatan

Oleh Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

ROMPIN: Dua beradik yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Rekoh kejadian di Kampung Rekoh, di sini kelmarin, ditemui lemas di dua lokasi berasingan, hari ini.

  Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemui terapung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada 8 malam tadi.

  “Manakala adiknya, Putri Rama Dhania Azahra, 3, ditemui pada jarak 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya pada 7.30 pagi tadi. 

  “Mayat kedua-dua beradik dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dua beradik  lemas selepas motosikal ditunggangi ibu mereka hilang imbangan semasa melalui jambatan gantung di Kampung Rekoh,

  Kejadian berlaku jam 11.15 pagi Rabu lalu, ketika dua beradik itu dalam perjalanan pulang dari sekolah.

  Kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang kawalan dan terbalik ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, Rompin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *