Sri Pahang tanpa Azam, Ashar bertemu UiTM malam esok

Sri Pahang tanpa Azam, Ashar bertemu UiTM malam esok

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sri Pahang FC turun tanpa dua pemain utama iaitu Nor Azam Azih dan Ashar Al Aafiz Abdullah apabila melayan kunjungan UiTM FC di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.

  Ketua jurulatih pasukan itu, Dollah Salleh berkata, dua pemain itu, masing-masing yang beraksi di posisi tengah dan pertahanan digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

tengah Sri Pahang FC, Nor Azam Azih tidak beraksi pada perlawanan menentang UiTM FC, malam esok.

  Justeru, katanya, ketiadaan dua pemain itu amat dirasai ketika pasukan itu mahu mengutip tiga mata dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super.

  “Pada masa sama, saya belum pasti sama ada dapat menurunkan Herold Goulon kerana masih lagi belum pulih daripada kecederaan pangkal paha.

  “Di sebalik penggantungan dan kecederaan pemain, saya harap pemain lain yang diberi tanggungjawab dapat membantu pasukan untuk menewaskan UiTM,” katanya.

  Ditanya peluang Sri Pahang membenam UiTM malam esok, Dollah berlata beliau mahu menamatkan pusingan pertama liga berpihak kepada pasukannya.

  Katanya, kemenangan akan memberi lebih keyakinan dan semangat untuk beraksi dengan prestasi lebih baik pada pusingan kedua nanti.

  “Tapi, saya mahu pemain berwaspada kerana UiTM juga mahukan kemenangan dan mereka sudah pasti memberi tentangan sengit,” katanya.

tamat/pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *