MB beri duit raya RM700 seorang kepada 446 peserta Rancangan Sosial PKPP

MB beri duit raya RM700 seorang kepada 446 peserta Rancangan Sosial PKPP

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
Gambar ihsan FB Wan Rosdy Bin Wan Ismail

KUALA LIPIS: Keceriaan jelas kelihatan pada wajah 446 peserta Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKPP) sebaik mendengar khabar gembira menerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri diumumkan Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini.
Menteri Besar berkata, menerusi bantuan itu, setiap peserta menerima sebanyak RM700 yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM662,200.
“Penerima terdiri daripada peserta dari empat rancangan sosial dalam daerah Lipis iaitu Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Sungai Ular, Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK) Merapoh, RPSK Peruang dan RPSK Jerkoh yang membabitkan 446 orang.

Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada Peserta Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis.


“PKPP sentiasa prihatin dengan taggungjawab sosial kepada peserta dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan termasuklah bayaran saham dan dividen setiap bulan, bantuan musibah dan bantuan Aidilfitri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada Peserta Rancangan Sosial PKPP di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.
“Semoga bantuan ini dapat membantu peserta membuat persiapan menyambut lebaran tidak lama lagi.
“Saya berharap penerima dapat berbelanja secara berhemah dan paling mustahak serta sentiasa menjaga SOP (prosedur operasi standard) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *