Penjawat awam bersyukur, terima kasih kepada MB

Penjawat awam bersyukur, terima kasih kepada MB

Oleh Izzah Yusoff
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Gambar/video Izzah Yusoff

KUANTAN: Aura kegembiraan jelas terpancar di wajah golongan penjawat awam di negeri ini sebaik mendapat tahu mengenai kesudian Kerajaan Pahang memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,000 seorang sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Rata-rata yang ditemui Fikrah Pahang menyatakan rasa syukur dan berterima kasih dengan keprihatinan Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang tidak lupa membalas jasa dan pengorbanan penjawat awam.

Kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang, Imad Haji Idris, 34


Kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Imad Idris, 34, berkata, sumbangan itu besar ertinya untuk penjawat awam sepertinya, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang masih dibelenggu pandemik COVID-19 ketika ini.
“Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pahang di bawah pimpinan Dato’ Sri Wan Rosdy kerana memberi sumbangan ini,” katanya ketika ditemui Fikrah Pahang.

Kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang, Ezar Sarfira Md Zaki, 36


Bagi Ezar Sarfira Md Zaki, 36, yang juga kakitangan JAIP, pemberian BKK itu akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaannya dan keluarga menjelang Aidilfitri ini.
“Pemberian bonus ini sememangnya membantu dan akan saya gunakan sebaiknya bagi menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang, Nur Aini Mariamah Abdullah, 28


Kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang, Nur Aini Mariamah Abdullah, 28, pula menyifatkan pemberian BKK itu tepat pada masanya dan amat membantu dirinya dan keluarga menjelang Aidilfitri.
“Saya nak ucapkan terima kasih terutamanya kepada MB (Menteri Besar) sempena pemberian bonus ini.
“Alhamdulillah, wang RM1,000 itu akan digunakan untuk anak-anak dan bagi menambah perbelanjaan rumah menjelang Syawal nanti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *