SPFC jual 600 tiket untuk perlawanan Sri Pahang menentang Selangor malam esok

SPFC jual 600 tiket untuk perlawanan Sri Pahang menentang Selangor malam esok

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN:  Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, pengurusan Sri Pahang FC (SPFC) hanya menjual 600 tiket untuk aksi Sri Pahang berdepan Selangor FC di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.

  Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Dato’ Muhammed Suffian Awang berkata, keputusan itu dilakukan selepas melihat kepada peningkatan kes Covid-19 di Kuantan.

Seramai 600 penonton dibenarkan masuk ke Stadium Darul Makmur pada aksi Sri Pahang menentang Selangor FC, malam esok.

  Katannya, pada masa sama, beberapa kawasan kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pahang.

  “Oleh itu, demi menangani penularan serta mengelakkan sebarang musibah yang lebih bahaya dan tidak diingini, SPFC mengambil langkah awal dengan mengurangkan jumlah kemasukan penonton ke Stadium Darul Makmur.

   “Jumlah kemasukan penyokong yang dibenarkan ialah 600 orang sahaja untuk aksi Sri Pahang berdepan Selangor, malam esok.

  “Pada perlawanan sebelum ini, sebanyak 2,128 tiket dijual kepada penonton untuk menyaksikan skuad Tok Gajah beraksi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

   Bagi penonton yang akan ke stadium, beliau mengingatkan mereka sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

   “Penonton bersedia melengkapkan diri dengan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal satu meter, pemeriksaan suhu dan mengimbas aplikasi MySejahtera,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *