Alhamdulillah, masyarakat kini semakin mengenal dan mencintai al-Quran

Alhamdulillah, masyarakat kini semakin mengenal dan mencintai al-Quran

Oleh Helmy Abd Rahman dan Izzah Yussof

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Zulkepli Osman

KUANTAN: Gandingan institusi

pengajian tinggi (IPT), sekolah, sekolah pondok dan maahad tahfiz bagi menjayakan program ‘World Quran Hour’ dapat menarik minat masyarakat untuk mempelajari dan mendalami kefahaman al-Quran.

KUANTAN 5 MEI 2021- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang,  Dato’ Sri Syed Ibrahim  Syed Ahmad  berucap merasmikan  World #QuranHour 1442H/2021 di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS

  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, selain pengisian program, manfaat yang didapati daripada majlis itu amat besar, terutama kepada masyarakat di kawasan sekitar.

  “Alhamdulillah, selain adanya program seperti ini yang disokong IPT, pusat tahfiz, sekolah dan sekolah pondok, kesedaran masyarakat kita untuk mengaji (al-Quran) semakin wujud.

KUANTAN 06 MEI 2021- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang,  Dato’ Sri Syed Ibrahim  Syed Ahmad (dua dari kiri) hadir World #QuranHour 1442H/2021 di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

  “Walaupun ada yang sudah berumur dan tidak tahu langsung membaca al-Quran, mereka mula berjinak dengan kitab Allah ini, berbeza dengan tahun 70-an dahulu yang sangat ramai tak pandai baca al-Quran,” katanya.

KUANTAN 06 MEI 2021 – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang,  Dato’ Sri Syed Ibrahim  Syed Ahmad (tiga dari kiri) hadir World #QuranHour 1442H/2021 di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

  Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ‘World Quran Hour’ peringkat negeri Pahang di Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini, hari ini.

  Hadir sama, Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.

  Syed Ibrahim berkata, kecanggihan teknologi kini juga memberi banyak manfaat kepada masyarakat apabila majlis itu dapat disaksikan secara langsung di media sosial.

  Sementara itu, Dr Mohd Zawavi berkata, KUIPSAS bersedia untuk terus menjadi tuan rumah bagi program ‘World Quran Hour’ di negeri ini.

  “Biarlah KUIPSAS menjadi tuan rumah sampai bila-bila. Program sebegini amat relevan dengan KUIPSAS yang membawa nama Islam sejak 25 tahun lalu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *