Kerajaan Pahang manfaatkan media sosial sebar dakwah secara menyeluruh di sebalik kekangan COVID-19

Kerajaan Pahang manfaatkan media sosial sebar dakwah secara menyeluruh di sebalik kekangan COVID-19

Oleh Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Menyedari kepentingan dan pengaruh media sosial terhadap masyarakat kini, Kerajaan Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menggunakan platform Facebook bagi menjayakan program Ramadhan Kareem.

   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, program 24 episod yang boleh diikuti secara langsung di Facebook Fikrah Pahang itu, memaparkan pengisian dalam pelbagai segmen antaranya Hadis Ramadhan, Bicara Ramadhan, Bacaan Ayat Suci Al-Quran beserta Terjemahan dan diselangi Nasyid Pilihan. 

  “Program ini bertujuan menyampaikan dakwah kepada masyarakat di negeri ini secara menyeluruh melalui media sosial apatah lagi sekarang ini orang ramai lebih tertumpu kepada media sosial. 

  “Tambahan pula, terdapat kekangan untuk orang ramai ke masjid atau pusat pengajian disebabkan penularan COVID-19, maka laman sosial menjadi wadah terbaik untuk mereka menerima dan menjiwai aktiviti dakwah yang disampaikan,” katanya kepada Fikrah Pahang, malam tadi. 

  Menurutnya, program berkenaan juga menyiarkan sesi ceramah atau tazkirah agama oleh agamawan mengenai fadilat Ramadan.

  “Kemudian, ada juga sesi lain seperti bicara tokoh dan beberapa pengisian yang dapat kita buat dalam jangka masa yang singkat iaitu satu jam.

  “Program ini juga bersifat santai. Walaupun hanya satu jam, tetapi pengisiannya padat dan dapat memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *