COVID-19 ragut empat lagi nyawa, rekod 100 kes baru di Pahang

COVID-19 ragut empat lagi nyawa, rekod 100 kes baru di Pahang

Oleh Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak empat kematian pesakit positif COVID-19 direkodkan di Pahang hari ini, menjadikan angka kematian keseluruhan di negeri ini sebanyak 37 kes.

  Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) melaporkan, sebanyak tiga kes membabitkan kes dari Kuala Kuantan dan satu kes dari Pelangai di daerah Bentong.  

  “Hanya tiga kes dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana satu kes lagi membabitkan mangsa meninggal dunia disebabkan penyakit lain, bukan COVID-19,” kata JKNP hari ini.

  Sementara itu, JKNP memaklumkan, sebanyak 100 kes baharu dicatatkan di negeri ini sehingga jam 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID 19 di Pahang kini sebanyak 5,789 kes. 

  “Sebanyak 47 kes membabitkan Kluster Tanah Putih Baru, Kluster Indera Mahkota 5 (satu kes), Kluster Mahkota Height (satu kes), Kluster Raub Jaya (4 kes), Kluster Mutiara Bentong (tiga kes).

  “Selain itu, sebanyak 29 kes disebabkan saringan kontak rapat, saringan bergejala (11 kes), saringan pengembara (satu kes) dan saringan bersasar (tiga kes). Seramai 99 orang adalah warganegara manakala satu lagi rakyat asing,” katanya.

  JKNP juga melaporkan bahawa sebanyak 45 kes sembuh pada hari ini menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 5183 kes manakala jumlah kematian di negeri ini adalah 37 kes.

  Menurut jabatan itu lagi, daerah ini, Bentong dan Raub masih dikategorikan dalam zon merah, manakala Temerloh (zon oren).

  “Zon Kuning membabitkan daerah Maran, Bera, Lipis, Cameron Highlands, Jerantut, Pekan dan Rompin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *