Dollah ceria kutip tiga mata di Ipoh, Sri Pahang keluar daripada zon bahaya

Dollah ceria kutip tiga mata di Ipoh, Sri Pahang keluar daripada zon bahaya

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh gembira kerana misi membawa pulang tiga mata tercapai selepas menewaskan Perak FC 3-2 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

  Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kemenangan itu melonjakkan Sri Pahang di kedudukan kesembilan berbanding sebelum ini berada di dua tangga tercorot liga.

Penyerang import Sri Pahang, Kenny Athiu menjaringkan dua gol ketika Sri Pahang menewaskan Perak FC 3-2, malam tadi.

  Katanya, kemenangan itu menunjukkan bahawa skuad kendaliannya itu kembali berada pada prestasi lebih baik berbanding pada pusingan pertama liga.

  “Sebenarnya, kehadiran empat import baharu banyak membantu pasukan untuk kembali mencatat kemenangan biarpun mereka belum lagi cergas sepenuhnya kerana baru menamatkan tempoh kuarantin.

  “Namun, pengalaman yang mereka miliki memantapkan pasukan walaupun tidak menjalani latihan yang secukupnya,” katanya.

  Mengulas kemenangan 3-2 ke atas Perak, Dollah berkata, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati walaupun tuan rumah hampir menafikan kemenangan.

  Katanya, sepatutnya apabila mendahului 3-1, anak buahnya tidak boleh mengambil mudah dan bermain sambil lewa.

  “Ia dapat dilihat apabila Perak berjaya menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan.

  “Namun, saya gembira kerana tiga perlawanan terakhir menyaksikan Sri Pahang mengutip tujuh mata,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *