Lee Tuck jadi rebutan selepas digugurkan Sri Pahang

Lee Tuck jadi rebutan selepas digugurkan Sri Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
pic

KUANTAN: Lee Tuck kini menjadi rebutan tiga pasukan yang berminat mendapatkan khidmat pemain kelahiran England itu selepas Sri Pahang FC menggugurkannya sebaik jendela perpindahan pemain dibuka 3 Mei lalu.
Pengesahan itu didedahkan ketua jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh yang dimaklumkan bahawa tiga pasukan berminat mendapatkan pemain tengah itu.
Bagaimanapun, katanya, keputusan muktamad bergantung kepada YAM Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah selaku pemilik Sri Pahang FC.
“Apa yang boleh saya sahkan ialah tiga pasukan berminat mendapatkan Tuck dan kita memang ada perancangan untuk meminjamkannya,” katanya.

Lee Tuck ketika beraksi bersama Sri Pahang FC.


Sebaik jendela perpindahan pemain dibuka 3 Mei lalu, Tuck antara empat pemain import yang digugurkan selepas Sri Pahang membuat keputusan mengambil import baharu.
Selain Tuck, tiga lagi yang digugurkan ialah Yevhen Bokhashvili dari Ukraine, Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).
Empat import baharu yang menjadi pilihan ialah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).
Kemasukan empat import baharu itu menyaksikan perubahan yang ditampilkan Sri Pahang apabila berjaya memperbaiki kedudukan kesembilan liga berbanding di tangga kedua tercorot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *