Pahang dijangka catat 100 kes COVID-19 sehari mulai Jun depan

Pahang dijangka catat 100 kes COVID-19 sehari mulai Jun depan

Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini mencecah 90 hingga 100 kes sehari atau 600 hingga 700 kes seminggu pada awal Jun depan.
Pengarahnya, Dato’ Dr Bahari Awang Ngah berkata, peningkatan itu akan berlaku jika masyarakat mengambil mudah daripada segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


Katanya, jangkaan tu juga berdasarkan peningkatan kes jangkitan yang konsisten bermula pertengahan Mac hingga kini.
“Pada awal Mac lalu, purata 10 hingga 20 kes sehari dilaporkan tetapi meningkat kepada purata 70 kes sehari.
“Peningkatan ini berlaku terutama di daerah Kuantan, Bentong dan Raub,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, jumlah kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi (ICU) juga bertambah tiga kali ganda daripada kadar biasa.
Katanya, jika keadaan itu berterusan, jumlah pesakit yang memerlukan penjagaan di ICU akan melebihi keupayaan hospital di Pahang.
“Oleh itu JKNP menasihati masyarakat supaya mematuhi SOP terutama ketika membuat persiapan dan menyambut hari raya Aidilfitri untuk menghalang penularan COVID-19,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *