Rumah dinaiki air, 17 keluarga beraya di PPS

Rumah dinaiki air, 17 keluarga beraya di PPS

RTP online

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

TEMERLOH: Seramai 59 orang daripada 17 keluarga di Kampung Batu Kapor, Mentakab, dekat sini, terpaksa menyambut 1 Syawal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air, petang semalam.

  Difahamkan hujan lebat yang berlaku di daerah Bentong petang kelmarin, menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Semantan di Kampung Batu Kapor.

  Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Temerloh, Muhammad Ikram Haron berkata, mangsa mula dipindahkan pada pukul 7 petang selepas air menunjukkan trend menaik.

  “Semua mangsa dipindahkan ke PPS Batu Kapor sebagai langkah berjaga-jaga selepas dicadangkan oleh Pegawai Daerah Temerloh.

  “Kawasan yang paling teruk dilanda banjir dinaiki air di paras pinggang,” katanya, hari ini.

  Muhammad Ikram berkata, pihaknya masih terus melakukan pemantauan berterusan dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu.

  Katanya, meskipun air menunjukkan trend menurun pagi ini, semua mangsa masih tidak dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga.

  Menurutnya, mangsa perlu bersabar sebelum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing apabila keadaan mengizinkan dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *