PRP titah umat Islam di Pahang tunai solat hajat selepas solat Maghrib esok, mohon Allah lindungi rakyat Palestin

PRP titah umat Islam di Pahang tunai solat hajat selepas solat Maghrib esok, mohon Allah lindungi rakyat Palestin

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam di Pahang untuk mengadakan solat hajat selepas solat Maghrib esok, meminta Allah melindungi rakyat Palestin yang kini dizalimi rejim Zionis Israel.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah

  Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pejabat baginda hari ini, Tengku Hassanal Ibrahim menitahkan umat Islam di negeri ini mengerjakan solat hajat sama ada di masjid, surau atau kediaman masing-masing pada tarikh dan masa seperti diberitahu. 

  Baginda berharap isu pencerobohan dan peperangan di bumi Anbia itu dapat dihentikan dengan segera, sekali gus turut menzahirkan sokongan terhadap kenyataan media KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan Istana Negara hari ini supaya Kerajaan Malaysia menerajui dan bersama-sama dengan Indonesia serta Brunei mengeluarkan kenyataan bersama bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim rejim Zionis Israel ke atas Palestin.

  Tengku Hassanal Ibrahim turut menyeru semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bersama-sama mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *