Bantulah si bulus, banyak yang terkesan dengan PKP

Bantulah si bulus, banyak yang terkesan dengan PKP

RTP online

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) memohon sumbangan orang ramai untuk pihaknya menyediakan makanan dan perubatan pada kucing jalanan.

  Pengerusinya, Jurina Abdul Rani berkata, pihaknya memerlukan perbelanjaan lebih RM3,000 sebulan untuk membela nasib haiwan jalanan yang ditinggalkan di beberapa kawasan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli SKJP memberi makan pada kucing jalanan yang kini semakin bertambah.

  Menurutnya, selain kucing, pihaknya turut memberi makan terutama pada anak anjing dan haiwan yang sakit akan dihantar ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

  Katanya, kini ada lebih 100 ekor kucing yang terpaksa diberi perlindungan di pusat jagaan sementara SKJP disebabkan masalah kesihatan termasuk kecederaan yang serius kerana kemalangan dan sebagainya.

  “Untuk membeli makanan dan pasir termasuk perbelanjaan rawatan kucing dan anjing, kita menerima sumbangan kewangan pihak yang prihatin dengan nasib haiwan jalanan itu.

  “Bagaimanapun, sejak Ramadan lalu seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kucing dan anjing yang dibuang bertambah dua hingga tiga kali ganda dan banyak tempat tumpuan orang ramai kini terdapat haiwan terbabit,” katanya di sini, hari ini.

kucing jalanan yang diberi makanan dan semakin bertambah bilangannya

  Beliau berkata, bagi pihak SKJP merayu pada pihak yang prihatin supaya dapat menyumbang kepada pihaknya dalam usaha menyelamatkan nyawa haiwan manja terbabit yang kini berada di mana sahaja. 

  Jurina berkata, pihaknya turut menerima sumbangan makanan haiwan dan setiap minggu pihaknya akan agihkan makanan kepada individu tertentu untuk diberikan kepada kucing dan anjing jalanan.

  Menurutnya, pihak kelab tidak sanggup melihat haiwan terbabit kurus seterusnya mati kelaparan selain mengalami kecederaan serius tanpa mendapat sebarang rawatan yang sepatutnya.

  “Pihak yang prihatin dan ingin menyumbang bagi mengisi dana menyelamatkan kucing dan anjing jalanan di negeri ini boleh berhubung dengan kelab

017 9797848 (Jue) atau menyalurkan terus ke akaun Maybank 556093261496,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *