COVID-19: Jumlah kes menurun sedikit, namun tiada daerah dikategori zon hijau

COVID-19: Jumlah kes menurun sedikit, namun tiada daerah dikategori zon hijau

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Sebanyak 150 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Pahang sehingga jam 12 tengah hari tadi, turun sedikit berbanding 152 kes semalam.

  Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memaklumkan, jumlah jangkitan baharu itu menjadikan angka keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di negeri ini sebanyak 6,964 kes. 

  “Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,077 kes. Terdapat 58 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 5,842 kes manakala jumlah kematian adalah 45 kes.

  “Tiada kes kematian dicatatkan hari ini berbanding dua orang semalam,” katanya.

  Daerah ini (Kuantan), Bentong, Raub, Temerloh, Jerantut, Pekan dan Lipis berada dalam zon merah iaitu mencatatkan jumlah sebanyak 41 kes harian dan ke atas, manakala Maran, Rompin dan Bera berada dalam zon oren (21 hingga 40 kes).

  “Hanya Cameron Highlands berada dalam zon kuning (satu hingga 20 kes) dan tiada daerah berada dam zon hijau (sifar kes),” kata JKNP. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *