Semua masjid di Pahang diarah baca qunut nazilah setiap kali solat Jumaat

Semua masjid di Pahang diarah baca qunut nazilah setiap kali solat Jumaat

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Semua masjid di Pahang diarah membaca qunut nazilah pada  setiap kali solat Jumaat secara berterusan mulai hari ini, untuk mendoakan supaya Allah SWT melindungi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat negeri ini daripada ancaman wabak COVID-19.

  Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Dr Zulkifle Ali berkata, pelaksanaan arahan itu mendapat perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

  Katanya, baginda juga menitahkan supaya semua masjid dan surau di Pahang melaksanakan solat sunat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan zikir serta doa selepas solat Maghrib setiap malam Jumaat.

  “Kerjasama dan tindakan pihak tuan (imam dan pengurusan masjid) dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *