Pelajar, kakitangan SEMESTA dikehendaki jalani ujian saringan

Pelajar, kakitangan SEMESTA dikehendaki jalani ujian saringan

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Semua pelajar dan kakitangan Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub, serta ahli keluarga mereka, dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19 secepat mungkin.

  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataan di sini, hari ini memaklumkan jawatankuasa itu mengenal pasti penularan pendemik berkenaan di sekolah itu.

  Sehubungan itu, katanya, semua individu berkenaan diminta mengikuti langkah ditetapkan iaitu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk temujanji.

  “Mereka juga diminta menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu saringan,” menurut kenyataan itu.

  Jawatankuasan itu meminta kerjasama semua pihak demi keselamatan rakyat Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *