Sri Pahang jalani latihan berpusat di Kuantan sebaik PKPD tamat

Sri Pahang jalani latihan berpusat di Kuantan sebaik PKPD tamat

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sri Pahang FC memilih bandar raya ini untuk menjalani latihan berpusat melalui gelembung sukan sebaik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kuantan tamat pada 7 Jun depan.

  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, pemilihan itu dibuat sebaik mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau selepas PKPD Kuantan berakhir.

  Katanya, sebelum ini, skuad Tok Gajah memilih Temerloh sebagai destinasi untuk menjalani latihan berpusat bagi memastikan keselamatan pegawai dan pemain daripada penularan wabak COVID-19.

  “Sebaik menjalani latihan berpusat itu, saya mengharapkan semua pemain berada pada prestasi terbaik terutama daripada segi persefahaman,” katanya.

  Mengulas tempoh rehat dua bulan saingan Liga Super, Mohammed Suffian berkata, semua pemain sudah mula menjalani latihan secara individu.

  Katanya, sesi latihan individu itu dipantau barisan kejurulatihan berikutan pelaksanaan PKPD di Kuantan.

  “Oleh itu, semua pemain dapat mengikuti arahan yang diberikan ketua jurulatih (Dollah Salleh) dalam mempertingkatkan prestasi masing-masing.

  “Tahap kecergasan diberi keutamaan untuk memastikan sebaik liga bersambung nanti, pemain bersedia dan dapat bermain dengan cemerlang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *