Tiada denda dikenakan kepada peminjam buku susulan perpustakaan ditutup

Tiada denda dikenakan kepada peminjam buku susulan perpustakaan ditutup

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Perkhidmatan perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP), di sini, ditutup sepenuhnya kepada pengguna bermula hari ini hingga 7 Jun depan.

  PPAP menerusi hantaran di Facebook menyatakan, penutupan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah itu.

  “Oleh itu, tiada pemulangan dan tempah simpan buku di PPAP sepanjang tempoh berkenaan. Denda tidak akan dikenakan kepada pengguna sepanjang pelaksanaan PKPD,” kata kenyataan itu.

  Sehubungan itu, sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui www.facebook.com/PahangLibary.

  Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD bermula hari in hingga 7 Jun depan di tujuh mukim dalam daerah Kuantan.

  Tujuh mukim berkenaan ialah Beserah, Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2, Penor, Sungai Karang, Ulu Kuantan dan Ulu Lepar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *