Urusan kaunter perkhidmatan MBK ditutup bermula 27 Mei hingga 7 Jun

Urusan kaunter perkhidmatan MBK ditutup bermula 27 Mei hingga 7 Jun

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Semua urusan kaunter perkhidmatan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) ditutup mulai esok hingga 7 Jun depan.

  Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, penutupan itu susulan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini.

  Sehubungan itu, katanya, orang ramai, khususnya warga Kuantan digalakkan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian.

  “Sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian 09-5121555 atau 09-5121666,” katanya di sini, hari ini.

  Berdasarkan statistik kes COVID-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, Pahang merekodkan 171 kes baharu.

  Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

  Pemakaian pelitup muka dan penjarakkan fizikal satu meter antara langkah terbaik untuk menyekat penularan wabak pandemik COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *