Daftar vaksin di MySejahtera, SICP baru boleh berurusan di pejabat Kerajaan Pahang

Daftar vaksin di MySejahtera, SICP baru boleh berurusan di pejabat Kerajaan Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Setiap pelanggan yang mahu berurusan di pejabat dan kaunter kerajaan Pahang diminta untuk membuat pengesahan bahawa sudah mendaftar program vaksinasi.

  Menerusi hantaran di Facebook Kerajaan Negeri Pahang, pendaftaran vaksin itu perlu dibuat melalui aplikasi MySejahtera dan Sistem Imunisasi Covid-19 Pahang (SICP).

  “Pelanggan juga perlu membuat pengesahan bersetuju atau sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

  “Kerjasama anda semua amatlah diharapkan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19,” kata hantaran Facebook itu.

  Menurut hebahan itu juga, langkah berkenaan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Pahang mendaftar melalui program vaksinasi.

  “Oleh itu, rakyat Pahang boleh mendaftar melalui MySejahtera dan juga SICP di pautan https://vaksin.pahang.gov.my/,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *