Sri Pahang ikat Swirad?

Sri Pahang ikat Swirad?

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Berbaki empat hari jendela perpindahan pemain ditutup Ahad ini, Sri Pahang FC dikatakan akan mendaftar seorang pemain pertahanan berpengalaman.

  Pemain yang menjadi pilihan ialah pemain kacukan Malaysia-England, Nick Swirad yang diyakini dapat membantu mengukuhkan benteng pasukan itu sekiranya dipersetujui.

Pemain kacukan Malaysia-England, Nick Swirad dikatakan bakal menyarung jersi Sri Pahang FC.

  Kehadiran Swirad yang beraksi bersama sebuah kelab di Liga 2 Thailand iaitu Nongbua Pitchaya musim ini amat ditagih ketika Sri Pahang mahu memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super.

  Pada masa sama, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kesembilan liga dan prestasi mantap akan memastikan Sri Pahang mampu meraih kedudukan terbaik.

  Menurut sumber, setakat ini, perbincangan sedang dilakukan untuk memastikan pemain berumur 30 tahun itu bersetuju menyarung jersi Sri Pahang.

  “Pengurusan kelab sememangnya mengharapkan Swirad berada dalam pasukan dalam mengukuhkan lagi jentera pertahanan.

  “Pengalaman Swirad akan membantu pasukan untuk mempamerkan prestasi lebih mantap bersama semua pemain,” kata sumber itu.

  Berdasarkan rekod, Swirad yang juga bekas pemain Selangor menyertai Nongbua Pitchaya musim ini dan membantu kelab itu muncul juara Liga 2 Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *