Nick Swirad sah milik Sri Pahang

Nick Swirad sah milik Sri Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Bekas pemain kelab Thailand, Nongbua Pitchaya, Nicholad Ryan Swirad sah menyarung jersi Sri Pahang FC, hari ini.

  Pemain berdarah kacukan Malaysia-England yang mesra dipanggil Nick Swirad itu mengesahkan khidmatnya bersama skuad Tok Gajah selepas menandatangani kontrak di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’ Mohammed Suffian Awang bersama Nick Swirad.

  Ia turut disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’  Mohammed Suffian Awang yang mengharapkan pemain pertahanan itu mampu memberi impak positif buat pasukan.

  “Sememangnya kehadiaran Swirad dinantikan terutama untuk mengukuhkan benteng pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Pemain baharu Sri Pahang FC, Nick Swirad.

  “Saya percaya gandingan bersama barisan pemain sedia ada akan membantu Sri pahang mencatat keputusan membanggakan sebaik liga bersambung Julai depan,” katanya.

  Dengan pengesahan Swirad bersama Sri Pahang, beliau adalah pemain kelima menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan pemain yang dibuka pada 3 Mei lalu.

  Sebelum ini skuad bimbingan Dollah Salleh itu menyenaraikan empat import baharu iaitu Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).

  Menurut rekod, Swirad pernah beraksi dengan beberapa kelab divisyen bawahan England sebelum berhijrah ke Liga Malaysia (Liga M) apabila menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

  Dia kemudiannya bermain dengan Melaka United selama dua musim sebelum menyertai PKNS FC pada 2019 disusuli Selangor (2020).

  Musim ini, Swirad menyertai kelab Nongbua Pitchaya dan membantu mereka muncul juara Liga @ Thailand seterusnya layak ke divisyen utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *