Hanya lima pemain baharu sarung jersi Sri Pahang

Hanya lima pemain baharu sarung jersi Sri Pahang

Oleh Muhammad Izz Za‌hin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Hanya lima pemain baharu, termausk empat import, didaftarkan Sri Pahang FC sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 3 Mei lalu.

  Dengan pendaftaran pemain baharu berakhir esok, pengurusan kelab itu mengesahkan tidak berhasrat menambah lagi pemain bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, kelab itu tidak berhasrat menambah pemain sedia ada.

Pemain kacukan Malaysia-England, Nick Swirad antara lima pemain baharu Sri Pahang FC.

  Katanya, hanya lima pemain baharu yang mengesahkan tempat dalam pasukan dan segalanya mengikut perancangan yang ditetapkan.

  “Saya sahkan bahawa hanya lima pemain baharu dan fokus utama pasukan ialah membantuk persefahaman dan prestasi mantap sebaik Liga Super bersambung Julai depan,” katanya.

  Lima pemain baharu berkenaan, termasuk pemain kacukan Malaysia-England, Nick Swirad yang menandatangani kontrak semalam.

  Empat pemain import pula ialah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).

  Dengan pengesahan lima pemain itu, skuad Tok Gajah bakal tampil lebih padu untuk berada pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *