MB: Kita hanya ada satu pilihan – bersabar, patuhi SOP sepanjang `total lockdown’ Fasa 1

MB: Kita hanya ada satu pilihan – bersabar, patuhi SOP sepanjang `total lockdown’ Fasa 1

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Rakyat Pahang diminta bersabar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan susulan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari yang berkuat kuasa 1 Jun ini.

  Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inilah sahaja pilihan yang ada untuk memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19.

  “Saya berharap rakyat Pahang terus kekal bersabar dan patuh kepada segala SOP yang ditetapkan dalam tempoh ‘total lockdown’ Fasa 1 ini.

  “Inilah sahaja pilihan yang ada pada kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dipermudahkan mengharungi situasi sukar ini, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya, hari ini.

  Sementara itu, dalam kenyataan media semalam, Wan Rosdy merayu kepada seluruh rakyat Pahang supaya segera mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin.

  “Ini penting ke arah mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) dalam kalangan rakyat dengan segera sekali gus membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negeri ini,” katanya.

  Berdasarkan rekod, hanya 34.6 peratus atau kira-kira 415,000 orang daripada sasaran 1.2 juta orang rakyat Pahang yang sudah mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin, setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *