Tiada pembelian panik di Kuantan

Tiada pembelian panik di Kuantan

KUANTAN: Tiada pembelian panik di hampir semua pasar raya dan Pasar Besar Kuantan susulan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari berkuat kuasa 1 Jun ini.
Ia berdasarkan laporan aktiviti penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang terutama pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tiada pembelian panik susulan penutupan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di sebuah pasar raya di Kuantan.


Menurut kenyataan KPDNHEP Pahang, pemeriksaan barang keperluan asas mendapati bekalan mencukupi dan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Pemeriksaan di Pasar Besar Kuantan mendapati pelanggan agak ramai namun masih terkawal kerana dilaksanakan had kemasukan pelanggan.
“Barang keperluan asas di beberapa pasar raya juga mencukupi untuk kegunaan penduduk setempat dan pemeriksaan juga mendapati tiada pembelian panik berlaku.
“Semua premis yang diperiksa menggunakan aplikasi MySejahtera dan semua pekerja mendaftar menggunakan aplikasi berkenaan,” katanya.

Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang memeriksa barang keperluan di sebuah pasar raya di Kuantan.


Sementara itu, tinjauan di sebuah pasar raya di Batu 6, di sini, mendapati tiada pembelian panik dan pelanggan beratur dengan tenang untuk memasuki premis.
Pemilik pasar raya mengehadkan kemasukan pelanggan serta menampal notis meminta pelanggan mematuhi SOP ditetapkan iaitu pemakaian pelitup muka dan penjarakkan fizikal satu meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *