PKGK tangkap dan pindah sembilan ekor gajah liar di Lipis dan Jerantut

PKGK tangkap dan pindah sembilan ekor gajah liar di Lipis dan Jerantut

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Sebanyak sembilan 

ekor gajah liar di Lipis dan Jerantut berjaya ditangkap dan dipindahkan ke habitat semulajadi dalam tempoh lima bulan tahun ini.

  Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, 

Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, seekor gajah jantan ditangkap di Kampung Tiat, Pos Betau, Lipis pada 26 Januari lalu.

Operasi memindahkan gajah liar dilakukan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang.

  Menurutnya, lapan lagi haiwan berkenaan di tangkap di Kampung Pasir Durian dan Kampung Padang Piol, Jerantut. Operasi selama tiga hari itu bermula lima Februari selepas mengesan kumpulan gajah terbabit berada dalam Hutan Simpan Tekai.

  Katanya, empat ekor gajah ditangkap di Kelantan, dua di Perak dan Johor serta masing-masing satu di Kedah serta Terangganu.

  Menurutnya, terbaharu pada 24 Mei lalu pihaknya menangkap dan memindahkan seekor gajah jantan di Kampung Kota Aur, Sik, Kedah.

  “Pembukaan hutan secara tidak terkawal untuk aktiviti pertanian dan sebagainya menjadi faktor utama kumpulan gajah kini keluar daripada kawasan habitat untuk mencari makanan, hampir setiap bulan aduan kes gajah memusnahkan tanaman dilaporkan berlaku.

  “Pasukan PKGK Kuala Gandah akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri bagi mendapatkan maklumat sebelum keputusan menangkap dan memindahkan gajah dilakukan,” katanya, dihubungi di sini semalam.

  Beliau berkata, 19 gajah yang ditangkap membabitkan sembilan jantan dan 10 betina pelbagai saiz dan umur. Haiwan terbabit bergerak dalam satu kumpulan diketuai seekor gajah jantan.

  Che Ku Mohd Zamzuri berkata, semua gajah yang ditangkap dilepaskan semula ke hutan terpilih di beberapa negeri dan kawasan hutan berkenaan akan menjadi habitat baharu pada haiwan berkenaan.

  Tambahnya lagi, tahun lalu pihaknya berjaya menangkap serta memindahkan sebanyak 38 ekor gajah di beberapa negeri selepas diminta berbuat demikian oleh PERHILITAN negeri.

  “Pasukan PKGK Kuala Gandah dianggotai kakitangan yang berpengalaman luas menjalankan tugas menangkap serta memindahkan gajah liar, kelebihan itu dapat melancarkan lagi tugas berkenaan yang dibantu sepenuhnya gajah denak.

  “Kita kini memiliki enam ekor gajah denak yang menjadi tulang belakang pada PKGK Kuala Gandah menjalankan tugas, setiap kali operasi dua gajah denak akan digunakan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *