Lelaki cemas ‘dikunjungi’ dua tedung hitam

Lelaki cemas ‘dikunjungi’ dua tedung hitam

Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar ihsan APM

KUALA LIPIS: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terserempak dua ekor ular tedung hitam berada di dalam bilik air rumahnya di Tempoyang, di sini, menjelang Maghrib tadi.

  Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, lelaki hanya dikenali Idris Bidin kemudian segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lipis untuk menangkap reptlia berkenaan.

  Pegawai APM Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Azhar Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki terbabit pada jam 7.05 petang.

  Katanya, bertindak atas panggilan itu, sepasukan terdiri daripada empat anggota APM Lipis bergegas ke lokasi kejadian.

  “Setiba di lokasi, kita dapati dua ekor ular tedung hitam itu berada di dalam bilik air rumah berkenaan.

  “APM mengambil masa enam minit untuk menangkap kedua-dua haiwan berkenaan yang berukuran kira-kira satu meter dengan menggunakan alat khas,” katanya.

  Menurutnya, reptilia yang ditangkap kemudian dlepaskan di tempat selamat dan jauh dari orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *