Keputusan SPM 2020 diumumkan 10 Jun ini – Dr Radzi Jidin

Keputusan SPM 2020 diumumkan 10 Jun ini – Dr Radzi Jidin

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan ketahui minggu depan

  Menerusi ciapan Twitter Bernama petang ini, Menteri Kanan Pendidikan, Dato’ Dr Radzi Jidin dipetik berkata, keputusan peperiksaan itu akan diumumkan pada 10 Jun (Khamis).

  Seramai 401,105 calon sekolah menduduki SPM 2020 mencipta sejarah tersendiri apabila mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.

  Namun calon-calon terbabit terpaksa menempuh pembelajaran bersemuka paling singkat iaitu sekitar empat bulan, disebabkan penularan pandemik COVID-19 yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.

Mereka juga terpaksa menduduki peperiksaan itu tanpa berpeluang menguji kemampuan diri dalam pelbagai mata pelajaran menerusi peperiksaan percubaan seperti kelaziman.

  Akhbar sebelum ini juga melaporkan, calon-calon SPM dan mereka yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), menduduki peperiksaan berkenaan di 3,310 pusat peperiksaan dalam persekitaran normal baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *