Pekan destinasi pilihan Sri Pahang jalani ‘camp based training’

Pekan destinasi pilihan Sri Pahang jalani ‘camp based training’

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar Muhammad Izz Zahin

KUANTAN: Pekan menjadi destinasi pilihan Sri Pahang menjalani latihan secara atau berpusat sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) seperti yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, latihan secara berpusat itu diharap dapat membantu mengekalkan prestasi pasukan, sebaik Liga Super bersambung bulan depan.

  Katanya, fokus utama pasukan berkenaan ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan persefahaman antara pemain terutama dengan kehadiran lima pemain baharu sebaik jendela perpindahan pemain dibuka bulan lalu.

  “Ketika ini, segalanya mengikut jadual ditetapkan dan tempoh sehingga 14 Jun ini dapat mencapai tahap diinginkan barisan kejurulatihan.

  “Saya percaya semua pemain akan memastikan mereka berada pada tahap terbaik terutama bagi membantu Sri Pahang memperbaiki kedudukan lebih baik,” katanya.

  Beliau turut berterima kasih di atas kerjasama diberikan terutama pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daeerah (IPD) Pekan sepanjang paasukan berkenaan menjalani latihan di daerah itu.

  Menurutnya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa diberikan penekanan dalam usaha menyekat penularan pandemik COVID-19.

  “Oleh itu, saya harap semua pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai dapat memberikan yang terbaik buat pasukan Sri Pahang,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *