Bilik fail IPK Pahang terbakar

Bilik fail IPK Pahang terbakar

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di bilik fail di aras tiga bangunan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, petang tadi.

  Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 4.15 petang dan disedari anggota bertugas sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Pahang. 

  Menurut Komander Operasi, PgKB I, Ismail Abd Ghani, Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan menerima panggilan kira-kira jam 4.30 petang sebelum 13 anggota bersama seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

  “Kita menghantar satu jentera FRT (Fire Rescue Tender (FRT), satu EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) jentera ‘water tanker’ dan satu kenderaan Navara.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan berjaya mengawal kebakaran  di bilik fail di aras tiga bangunan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang,

  “Operasi ini turut dibantu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dengan kekuatan logistik satu jentera FRT,” katanya.

  Menurutnya, insiden kebakaran itu berjaya dihentikan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.

  “Kebakaran ini tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *