‘Camp based training’ tingkat semangat berpasukan Sri Pahang

‘Camp based training’ tingkat semangat berpasukan Sri Pahang

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar Muhammad Izz Zahin

KUANTAN: Latihan secara ‘camp based training’ atau berpusat sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) ternyata memberi impak positif kepada pasukan Sri Pahang FC.

  Perkara ini diakui pemain tengahnya, Abdul Malik Mat Ariff yang menggangap latihan itu membantu pemain mengekalkan tahap kecergasan.

KUANTAN 6 jun 2021. Pemain Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff dan Manuel Hidalgo

  Selain itu, katanya, kehadiran semua pemain dalam pasukan ternayata membantu membentuk persefahaman dan meningkatkan semangat kerjasama berpasukan.

  “Setakat ini, saya gembira kerana latihan berpusat ini banyak mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain terutama dengan kehadiran lima pemain baru.

  “Apabila diadakan latihan seperti ini bagi tempoh tertentu, kami dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan dan lebih bersedia apabila Liga Super bersambung nanti,” kata pemain kelahiran Kuantan itu.

  Abdul Malik berkata, pada sesi latihan harian, sesi pagi lebih kepada joging atau senaman di gimnasium manakala petang pula berlatih di padang.

  “Setakat ini segalanya berjalan lancar dan dijalankan mengikut SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan.

  “Bagi saya latihan ini diharap memperlihatkan bahawa penampilan lebih mantap akan dipersembahkan Sri Pahang selepas ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *