PKP undang minat bercucuk tanam

PKP undang minat bercucuk tanam

Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Izzah Yusoff

KUANTAN: Dulu, dia langsung tidak gemar bercucuk tanam. Bagaimanapun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu merubah minatnya menjadi pencinta tanaman.

  Ainiyah Nong Teh, 55, berkata minat itu timbul apabila mempunyai banyak masa terluang ketika PKP dan dia mula berjinak-jnak menanam beberapa jenis tanaman di kediamannya di Bukit Sekilau di sini.

KUANTAN 06 MEI 2021.   Ainiyah Nong Teh, 55, berkata minat itu timbul apabila mempunyai banyak masa terluang ketika PKP dan dia mula berjinak-jnak menanam beberapa jenis tanaman di kediamannya di Bukit Sekilau

  “Disebabkan tak boleh ke mana-mana ketika PKP tahun lalu, saya cuba bercucuk tanam di kawasan rumah dan tak sangka tidak lama kemudian timbul rasa seronok, lebih-lebih lagi ketika tanaman semakin subur setiap hari.

  “Tambah puas apabila dapat makan cili yang dipetik di halaman rumah sendiri. Saya juga tidak menyangka tanaman seperti cili saya subur dengan elok dan mengeluarkan hasil,” katanya di sini, semalam.

  Menurut Ainiyah, jiran-jiran yang melihat hasil tanamannya memuji dan kemudian turut sama menjadikan aktiviti menanam di rumah masing-masing sebagai hobi selepas melihat tanamannya menjadi. 

  “Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia ini saya harap ramai lagi memupuk hobi seperti ini. Menanam ini sudah menjadi terapi bagi saya sekeluarga,” katanya.

  Sementara itu, sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia semalam, Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyarankan rakyat Pahang bercucuk tanam di kawasan rumah.

  “Walaupun kita masih berduka akibat COVID-19, namun masyarakat boleh memainkan peranan dalam proses memulihara serta memelihara alam sekitar.

  “Usaha-usaha kecil yang kita boleh buat ketika PKP ini adalah menanam tumbuhan di sekitar rumah, mengehadkan penggunaan beg plastik ketika membeli barang keperluan dan tidak membuang sampah di merata tempat dapat menjadikan alam semula jadi di sekeliling kita sebuah tempat yang lebih hijau dan sihat,” katanya di laman Facebook rasmi beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *