PKPD di tiga lokaliti di Jaya Gading mulai Selasa ini

PKPD di tiga lokaliti di Jaya Gading mulai Selasa ini

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Infografik KKM

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga lokaliti di Jaya Gading, Kuantan iaitu  Kampung Jaya Gading, sebahagian Kampung Seri Damai dan Bandar Baru Jaya Gading serta Kawasan Perindustrian Gebeng akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD bermula Selasa ini hingga 21 Jun depan.

  Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya hari ini.

  “Sebanyak 44 kes positif direkodkan hasil ujian saringan terhadap 466 orang dengan kadar positif 9.4 peratus di Jaya Gading.

  “Sebanyak 56 kes positif pula direkodkan dengan kadar positif 1.3 peratus di kawasan perindustrian itu,” katanya.

  Sementara itu, katanya, PKPD di tujuh mukim dalam daerah Kuantan, Pahang iaitu Beserah, Kuala Kuantan 1 dan 2; Penor, Sungai Karang, Ulu Kuantan serta Ulu Lepar akan tamat seperti dijadualkan, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *