COVID-19: Alhamdulillah, kes baru makin menurun

COVID-19: Alhamdulillah, kes baru makin menurun

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kes COVID-19 baharu di negeri ini turun mendadak iaitu sebanyak 99 kes hari ini, berbanding 155 kes semalam.

  Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memaklumkan, angka keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 10,825 kes.

  “Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,560 kes. Terdapat 225 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 9,189 kes manakala jumlah kematian sebanyak76 kes,” kata JKN Pahang.

  Sementara itu, sebanyak sembilan daerah iaitu Kuantan, Bentong, Raub, Temerloh, Jerantut, Pekan, Lipis, Bera dan Maran berada dalam zon merah.

  Rompin dan Cameron Highlands pula berada dalam zon oren apabila mencatatkan kes harian antara 21 hingga 40 kes. Tiada daerah berada dalam zon hijau. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *