COVID-19: PKRC dan pusat kuarantin di Pahang mencukupi – Pengarah APM Pahang

COVID-19: PKRC dan pusat kuarantin di Pahang mencukupi – Pengarah APM Pahang

Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Masih terdapat kekosongan 1,998 tempat di enam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di seluruh Pahang.

  Enam PKRC terbabit ialah di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuantan, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Kuantan, I-KPKT Bukit Tinggi, Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Asrama Jururawat Hospital Jengka, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan PKRC Gambang.

  Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keenam-enam PKRC boleh memuatkan seramai 2,640 orang.

  “Setakat hari ini, pengisiannya (PKRC) sebanyak 642 orang dan kita ada baki lagi 1,998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

  Menurutnya, bagi pusat kuarantin pula, terdapat lima yang masih aktif di negeri ini iaitu di I-KPKT, Bukit Tinggi; Institut Aminuddin Baki (IAB); Genting Highlands, Hotel Cool Points, Cameron Highlands; Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muadzam Shah dan Pusat Latihan Guru, Temerloh.

  “Kapasiti keseluruhan di pusat-pusat kuarantin di seluruh Pahang ialah sebanyak 511 dan daripada jumlah itu, sebanyak 133 sudah diisi setakat ini. 

  “Ini bermakna masih ada kekosongan sebanyak 378 tempat. PKRC dan pusat kuarantin ini beroperasi 24 jam dan kebiasaannya bagi kemasukan atau individu yang dikuarantin berterusan. 

  “Semalam ada naik sedikit hari ini berkurangan dan boleh jadi naik balik. Secara keseluruhan kalau kita lihat di Pahang ini masih lagi konsisten iaitu turun naik pesakit ataupun individu yang dikuarantin sebab beberapa daerah atau lokaliti terbabit dengan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan),” katanya. 

  Beliau berkata, individu disyaki dan menjalani ujian calitan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang atau Pejabat Kesihatan Daerah akan dinilai dari semasa ke semasa.

  “Jika perlu untuk dikuarantinkan, mereka akan dihantar ke pusat kuarantin berkaitan ataupun jika mereka disahkan positif kategori satu dan dua, akan dihantar ke PKRC disenaraikan,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *