Hanya ‘si bulus’ kunjungi pantai pada Hari Lautan Sedunia

Hanya ‘si bulus’ kunjungi pantai pada Hari Lautan Sedunia

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar /video Mustaffa Kamal

KUANTAN: Sejak 2008, seluruh dunia meraikan Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun setiap tahun.

  Sambutan itu hasil ketetapan dibuat dalam Mesyuarat Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember 2008.

KUANTAN 08 JUN 2021. Keadaan lengang pada tinjauan di Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Batu Hitam sempena Hari Lautan Sedunia yang disambut pada hari ini. Sambutan ini hasil ketetapan di buat dalam Mesyuarat Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember 2008. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  Konsep Hari Lautan Sedunia mulanya dicadangkan pada Persidangan Bumi (Earth Summit) di Rio de Janeiro pada 1992 sebagai antara cara menghargai lautan yang dikongsi bersama oleh negara dunia serta kaitannya dengan manusia sejagat.

  Hari Lautan Sedunia juga satu initiatif seluruh masyarakat dunia bagi menghargai serta merancakkan usaha bagi melindungi planet bumi.

  Sempena Hari Lautan Sedunia Tahun ini, Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan rakyat Pahang supaya menjaga kebersihan laut demi memelihara kelestarian sumber marin dan ekosistem lautan. 

  “Sama-samalah juga kita tunaikan tanggung jawab bagi mengelakkan laut kita daripada terus tercemar,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

  Sementara itu, tinjauan Fikrah Pahang di Pantai Telok Cempedak dan Batu Hitam hari ini mendapati kedua-dua pantai lengang tanpa pengunjung, sebaliknya hanya dipenuhi kucing jalanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *