COVID-19: Kes baru di Pahang makin bertambah

COVID-19: Kes baru di Pahang makin bertambah

Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Kes jangkitan baru COVID-19 di negeri ini meningkat kepada 232 kes hari ini, berbanding 157 kes semalam.

  Angka itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif COVID 19 di Pahang setakat ini sebanyak 11, 214 kes.

  Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memaklumkan, kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1535 kes. 

  “Terdapat 158 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 9599 kes manakala jumlah kematian adalah 80 kes,” katanya.

  Menurut JKNP lagi, daerah Kuantan, Bentong, Raub, Temerloh, Jerantut, Lipis, Bera dan Maran masih berada dalam zon merah.

  “Zon oren pula membabitkan daerah Rompin, Cameron Highlands dan Pekan”, katanya.

  Sementara itu, JKNP memaklumkan, terdapat dua kes kematian di Felda Jengka 7 di Mukim Chenor, Maran dan Kg Pangsenam di Mukim Perak, Temerloh akibat jangkitan COVID 19 hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *