Masjid, surau di Pekan sudah disanitasi

Masjid, surau di Pekan sudah disanitasi

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

PEKAN: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, di sini, melakukan sanitasi terhadap 15 surau dan 20 masjid di daerah ini bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

PEKAN..Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu melakukan sanitasi terhadap 15 surau dan 20 masjid di daerah ini

  Sanitasi turut dilakukan di beberapa kilang, pejabat penghulu, dewan, pejabat kerajaan dan pusat vaksinasi COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud, berkata pihaknya melakukan sanitasi selepas mendapat permohonan berbuat demikian daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Pekan.

PEKAN..Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu melakukan sanitasi terhadap Dewan Peramu Jaya 3.

  Menurutnya, aktiviti sanitasi dilakukan secara berterusan di kawasan tumpuan pengguna bertujuan mencegah penularan wabak COVID-19. 

  Katanya, semburan memerlukan antara 30 minit hingga sejam bergantung keluasan tempat berkenaan.

  “Dua lokasi vaksinasi iaitu Dewan Peramu Jaya 3 dan Dewan Perumahan Dato Shahbandar sudah disanitasi.

  “Lapan anggota bomba dan penyelamat BBP Peramu terbabit dengan aktiviti berkenaan,” katanya, di sini, hari ini. 

  Beliau berharap ibu bapa memastikan anak mereka tidak bermain di luar rumah dalam memastikan tidak berlaku penularan wabak COVID-19. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *