MUIP bantu rakyat hadapi PKP 3.0

MUIP bantu rakyat hadapi PKP 3.0

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Lebih lima ribu individu akan menerima skim Bantuan Prihatin Zakat (BPZ) antara RM200 dan RM300.

  Skim yang kali pertama diperkenalkan itu bertujuan meringankan beban golongan yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

  Ketua Unit Pembiayaan Zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP), Mohd Nasrul Hakim Mat Daut, berkata antara bakal mendapat manfaat adalah bujang, duda, ibu tunggal, mereka yang sudah berumahtangga dan individu yang terputus pendapatan bulanan kerana tidak dapat bekerja serta ditamatkan perkhidmatan.

KUANTAN..Ketua Unit Pembiayaan Zakat MUIP, Mohd Nasrul Hakim Mat Daut.

  “Skim bantuan ini bukti betapa prihatin MUIP pada golongan yang terkesan selepas pelaksanaan PKP 3.0,” katanya, di sini hari ini.

  Mohd Nasrul Hakim berkata, antara syarat untuk memohon skim BPZ ialah Islam, warga negara Malaysia, berumur 21 tahun keatas, pemastautin, bukan penjawat awam dan tiada pendapatan tetap.

  “Sehingga semalam, 2,224 permohonanan diterima dan jumlahnya dijangka bertambah sebelum tarikh tutup.

  “Permohonan skim BPZ dibuka dua minggu yang akan berakhir 14 Jun ini, urusan permohonan sepenuhnya secara dalam talian dengan melayari https://easnaf.muip.gov.my/ebayt/apps/main/module/index.php?core=0 atau WhatsApp ke 01130163882,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *