12,880 peniaga kecil di Pahang terima BPP COVID-19

12,880 peniaga kecil di Pahang terima BPP COVID-19

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Seramai 12,880 peniaga kecil di Pahang menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 secara bersasar yang diberikan oleh Kerajaan Pahang.

  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Dato’ Abd Rahim Muda berkata, golongan peniaga kecil yang menerima manfaat BPP itu membabitkan peniaga pasar malam, pasar pagi, pasar tani dan penjaja.

YB. Dato’ Abd Rahim Muda ketika turun padang meninjau  peniaga-peniaga Car Boot Sale (CBS) di Taman Kerang di Kuantan

  Sehingga ini, katanya, pengagihan bantuan itu sudah selesai yang diharap membantu meringankan beban terutama di segi kewangan akibat wabak pandemik COVID-19.

  “Sumbangan bersasar daripada Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ini sebagai tanda prihatin kepada masalah rakyat, khususnya di kalangan peniaga peniaga kecil di Pahang.

  “Pada masa sama, saya menasihati rakyat Pahang supaya patuh pada prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

  Pemberian BPP itu diharap membantu meringankan beban golongan peniaga kecil yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pahang.

  Bagi BPP COVID-19 Fasa 1 dan 2, Kerajaan Pahang memperuntukan RM17.1 juta untuk bantuan rakyat yang terkesan, khususnya mereka yang terputus mata pencarian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *