Pendaftaran PICK di Pahang meningkat, namun belum capai separuh daripada sasaran

Pendaftaran PICK di Pahang meningkat, namun belum capai separuh daripada sasaran

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah pendaftaran MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 (PICK) Kebangsaan di Pahang kini mencecah angka 557,535 orang atau 45.2 peratus sehingga kelmarin.

  Angka itu penyaksikan peningkatan pendaftaran sebanyak 1.9 peratus berbanding minggu lalu.

  Bagaimanapun, peningkatan itu masih jauh daripada sasaran 1.2 juta individu berdaftar dengan MySejahtera bagi membolehkan rakyat di negeri ini mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

  Peratusan pendaftaran tertinggi dicatatkan di daerah ini iaitu sebanyak 55.8 peratus atau 208,269 orang, diikuti Cameron Highlands, 47.7 peratus (15,884 orang); Temerloh, 45.9 peratus (62,441 orang); Bentong, 45 peratus (45,265 orang) dan Pekan, 42.2 peratus (38,180 orang). 

  Lipis pula mencatatkan 39.8 peratus (29,759 orang); Maran 39.5 peratus (36,097 orang); Jerantut 39.1 peratus (29,970 orang); Raub, 38.4 peratus (30,345 orang); Rompin, 35.3 peratus (34,132 orang) dan Bera 34.5 peratus (27535 orang).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *