Lebih 100,000 benih baru baung, kerai dan lampam di dilepaskan

Lebih 100,000 benih baru baung, kerai dan lampam di dilepaskan

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

LIPIS: Jabatan Perikanan Pahang melepaskan 113,200 pelbagai spesies ikan air tawar di perairan umum di daerah ini, Raub dan Pekan. ,

  Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, pelepasan di perairan Tasik Chini, Pekan membabitkan 28,300 benih ikan kerai, baung dan lampam sungai.

LIPIS..Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar (kanan) melepaskan benih ikan lampam sungai di Sungai Jelai di Kampung Telang.

  Menurutnya, pelepasan dilakukan di dua lokasi di daerah ini membabitkan Sungai Jelai di Kampung Telang dan Sungai Telang di Kampung Lubuk Kulit, masing-masingn 50,000 benih lampam sungai, 6,000 (baung) dan 600 (kerai).

  Katanya, 25,000 benih ikan lampam sungai dan 3,000 (baung) di Raub manakala dan 300 (kerai) di Sungai Lipis iaitu di Kampung Jeram Besu yang terkenal dengan pelbagai spesies ikan air tawar lain.

  “Program pelepasan benih tiga spesies ikan air tawar yang terkenal di negeri ini bertujuan meningkat stok ikan di perairan sungai utama seterusnya dapat menambahkan lagi sumber pendapatan nelayan darat.

LIPIS..program  pelepasan sebanyak 28,300
benih ikan lampam sungai, kerai dan baung turut diadakan 
di Sungai Sungai Telang di Kampung Lubuk Kulit.

  “Setiap tahun jabatan mengadakan program pelepasan benih ikan air tawar spesies terpilih dihampir semua sungai utama daerah di negeri ini,” katanya.

  Beliau berkata demikian pada program pelepasan benih ikan air tawar di Sungai Telang, di sini, semalam. 

  Katanya, dalam tempoh 10 tahun sejak 2010, jabatan itu sudah melepaskan 12.8 juta benih pelbagai spesies ikan dan udang galah ke perairan umum negeri ini.

  Menurutnya, jabatan berharap nelayan darat, masyarakat setempat dan peminat aktiviti memancing mendapat memanfaat daripada program pelepasan benih ikan dan udang galah yang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *