Minyak masak paket bersubsidi masih ada

Minyak masak paket bersubsidi masih ada

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Tidak berlaku kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi di sekitar daerah ini.

  Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit, hari ini, mendapati stok bekalan minyak masak bersubsidi itu masih ada. 

  Harga jualan pula kekal RM2.50 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan walaupun permintaan dikatakan meningkat susulan berlaku kenaikan harga minyak masak botol.

Stok minyak masak paket sekilogram yang dijual di sebuah pasar raya di Kuantan.

  Suri rumah, Salamiah Iskandar, 52 berkata dia tidak sangka bekalan minyak masak bersubsidi masih dijual ketika permintaan tinggi.

  “Memandangkan harga minyak masak botol naik sehingga melebihi RM30, saya bersyukur kerana stok bekalan minyak masak bersubsidi tidak putus,” katanya.

  Bagi Kamaluddin Ismail, 55 berkata walaupun dihadkan pembelian untuk tiga paket minyak masak bersubsidi, ia lebih baik berbanding bekalan stok terputus.

  “Oleh itu saya harap stok minyak masak bersubsidi sentiasa ada di pasaran terutama bagi golongan yang tidak mampu untuk membeli minyak masak botol,” katanya.

  Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, menyatakan bekalan asas terutama minyak masak dan gula mencukupi.

  Hantaran di Facebook itu berbunyi: “Tiada masalah terputus bekalan berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Pahang.

  “Hasil pemantauan mendapati bekalan asas bagi seluruh Pahang di adalah terkawal, harga masih stabil dan tiada pembelian panik dilaporkan di premis perniagaan.” 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *