MUIP sumbang barangan RM75,000 kepada tiga PKRC

MUIP sumbang barangan RM75,000 kepada tiga PKRC

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi sumbangan makanan dan barangan kepada tiga Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), di daerah ini.

  Bantuan bernilai RM75,000 itu diberikan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang bertanggungjawab mengurus dan memberi rawatan sejak ia dibuka.

  Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dato’ Ahmad Hairi Hussain, berkata pelbagai jenis barangan disediakan antaranya biskut, mi segera, milo, air mineral, cecair mandian, berus dan ubat gigi.

  Menurutnya, sumbangan turut membabitkan 60 naskah al-Quran termasuk kain pelikat, kain batik, tuala, sejadah, telekung,  cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan pelitup muka.

  “Makanan dan barangan yang dibekalkan ini akan diagihkan kepada pesakit dan petugas di tiga PKRC di daerah ini. Ia diharap dapat meringankan beban golongan terbabit,” katanya. 

 Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan itu kepada Timbalan Pengarah Pengurusan HTAA, Zai Akmal Arawi, di sini, 12 Jun lalu. 

  Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.

  “Kita akan terus berusaha menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan dalam usaha meringankan beban mereka yang terkesan disebabkan wabak COVID-19 di bandar dan kampung,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *