Warga emas rugi RM1,600 ditipu individu menyamar rakannya

Warga emas rugi RM1,600 ditipu individu menyamar rakannya

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Lelaki warga emas rugi RM1,600 apabila menjadi mangsa tipu individu menyamar sebagai rakan wanitanya, di Bentong, semalam

  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Sueprintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 62, dihubungi suspek melalui aplikasi Facebook Messenger meminta bantuan untuk meminjam RM1,600.

  Menurutnya, disebabkan terlalu percaya pada teman wanitanya itu mendorong mangsa membuat pindahan wang dalam jumlah seperti diminta ke akaun  ‘wanita’ itu melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah cawangan bank di Bentong.

  “Selepas pemindahan dibuat, mangsa menghantar gambar resit bank juga melalui Facebook Messenger sebagai bukti wang sudah dimasukkan.

  “Selepas menerima wang itu, suspek menghubungi mangsa kembali meminta memasukkan tambahan RM600 ke akaunnya sehingga menimbulkan kecurigaan warga emas itu,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

  Mohd Wazir berkata, mangsa tidak menuruti kehendak ‘wanita’ itu sebaliknya terus menghubungi rakannya (individu sebenar) untuk 

bertanya tentang perkara itu.

  “Rakannya itu menafikan  ada menghantar pesanan untuk meminjam wang dan mangsa syak ditipu lalu membuat laporan polis di Balai Polis Bentong pada hari sama,” katanya.

  Menurutnya, kes itu  kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *