Lapan lelaki dan pemilik premis dikompaun RM26,000

Lapan lelaki dan pemilik premis dikompaun RM26,000

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Gambar ihsan PDRM

BENTONG: Lapan lelaki berusia antara 24 dan 56 tahun, masing-masing dikompaun RM2,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di daerah ini, kelmarin.

  Selain itu, pemilik premis dikompaun RM10,000 apabila gagal mengikut waktu operasi SOP PKP. 

  Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kompaun dikenakan mengikut Peraturan 17 (1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

BENTONG..Anggota polis mengenakan kompaun pada individu yang gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Gambar ihsan PDRM

  “Kesemuanya dikenakan tindakan hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dilakukan di daerah ini dan kawasan Janda Baik,” katanya. 

  Selain itu, katanya, 393 kompaun dikeluarkan di antara 18 Mac sehingga 13 Jun lalu, atas pelbagai kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

  Katanya, daripada jumlah itu, 140 kompaun dikeluarkan sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 yang membabitkan pelbagai kesalahan, termasuklah tidak mematuhi  SOP di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

  Katanya, 47 kompaun dikeluarkan kerana keluar dari kawasan PKPD, tidak memakai pelitup muka (27), tidak merekodkan kehadiran di MySejahtera (23), tiada permit rentas negeri dan daerah (19), tiada penjarakan fizikal (17), premis gagal mengikut SOP (6) dan satu kesalahan tidak mematuhi arahan kuarantin.

   Beliau berkata, pasukan rondaan akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan di semua kawasan dalam memastikan semua pihak dapat mematuhi SOP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *