JPNP akan terus tanam pokok di Tasik Chini

JPNP akan terus tanam pokok di Tasik Chini

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menanam lebih 5,000 pokok pelbagai spesies di kawasan zon penampan seluas 13.12 hektar, di Tasik Chini, Pekan, sejak 2019. 

  Usaha menghijaukan semula kawasan bekas lombong di Tasik Chini dilakukan berperingkat dengan aktiviti menanam pokok tutup bumi yang dapat mengembalikan khasiat tanah.

  Pengarahnya, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata pihaknya menanam pokok merawan siput jantan, meranti 

temak nipis, kelat pucuk merah dan buluh. 

  Katanya, jabatan akan  menyegerakan aktiviti pemulihan di kawasan pecerobohan di Tasik Chini di samping mempergiat usaha memulihkan kawasan lombong yang dilakukan Kumpulan Wang Pemulihan Lombong.

Gambar dirakam 12 September 2020 menunjukkan pokok buluh juga ditanam pada program menghijaukan semula kawasan Tasik Chini.

  “Kawasan Tasik Chini menjadi antara lokasi program penghijauan semula yang disusun oleh JPNP.

  “Aktiviti menanam pokok dilakukan secara berterusan oleh kakitangan dan kontraktor yang dilantik.

  “Saranan kerajaan negeri untuk melihat kawasan bekas lombong di Tasik Chini kembali hijau dengan pelbagai pokok akan diberi perhatian,” katanya, di sini, hari ini.

  Beliau berkata, penanaman pokok buluh dilakukan dalam usaha memulihkan kawasan terbabit seterusnya mengelak berlaku kejadian hakisan dan pencemaran terutama pada musim hujan.

  Dr Mohd Hizamri berkata, dalam usaha mewujudkan kesedaran masyarakat setempat, Kerajaan Pahang turut melancarkan ‘Kempen Satu Pokok, Satu Rakyat Negeri Pahang’ yang mensasarkan penanaman lima juta pokok, pada tahun ini, termasuk  

di kawasan Tasik Chini.

 Katanya, kempen berkenaan untuk menyokong serta menjayakan ‘Program Penghijauan Malaysia’ yang mensasarkan seratus juta pokok menjelang 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *