MUIP bela nasib komuniti lorong Wong Ah Jang

MUIP bela nasib komuniti lorong Wong Ah Jang

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan peruntukan RM144,300 untuk membantu komuniti lorong Wong Ah Jang, di sini, yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

KUANTAN..Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman mengagihkan makanan sarapan pagi kepada komuniti lorong Wong Ah Jang.

  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata peruntukan itu disediakan sepanjang lima bulan tahun ini membabitkan juadah berbuka puasa dan sumbangan duit raya.

  Menurutnya, bantuan lain turut disediakan kepada komuniti lorong Wong Ah Jang ialah menyediakan makanan ketika PKP, sumbangan peralatan memasak, pemberian baju raya dan sarapan.

KUANTAN..mee goreng menjadi hidangan sarapan pagi komuniti lorong Wong Ah Jang

  Katanya, komuniti lorong Wong Ah Jang amat memerlukan bantuan terutama apabila mereka tidak dapat bekerja sepanjang PKP. 

  “Kita perlu membantu komuniti berkenaan kerana mereka sedang dalam kesempitan hidup, dalam masa yang sama sewa bilik perlu dibayar dan keluarga perlukan makanan setiap hari,” katanya. 

KUANTAN..Anggota pengkuatkuasa Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memantau agihan makanan sarapan pagi pada komuniti lorong Wong Ah Jang

  Beliau berkata demikian selepas mengagihkan sarapan pagi kepada komuniti lorong Wong Ah Jang, di sini, hari ini. 

  “Kita ingin melihat mereka bertaubat dan insaf dengan perbuatan lalu, dapat mendalami ilmu agama, solat di surau yang disediakan dan belajar membaca al-Quran.

  “Tumpuan didikan agama turut diberikan kepada golongan kanak-kanak generasi kedua komuniti di situ,” katanya yang akan terus memantau komuniti di tempat berkenaan.

  Katanya, MUIP turut menyediakan elaun bulanan khas kepada individu yang benar-benar insaf, ingin membina hidup baharu dan meninggalkan pekerjaan tidak bermoral.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *