Terima kasih Tuanku beri perhatian isu lombong di Tasik Chini

Terima kasih Tuanku beri perhatian isu lombong di Tasik Chini

Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Gambar Mohd Imran Izzad 

PEKAN: Masyarakat Kampung Orang Asli Gumum, di sini terharu dengan keprihatinan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan kegiatan  perlombongan di kawasan Tasik Chini, di sini.

  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Gumum, Nashita Dewi K Paramanantham berkata, campur tangan KDYMM Tuanku dapat menyelamatkan flora dan fauna serta ekosistem terdapat di persekitaran Tasik Chini yang terkenal dikalangan pelancong tempatan dan antarabangsa suatu ketika dahulu.

PEKAN..Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Gumum, Nashita Dewi K Paramanantham.

  “Penduduk kampung Orang Asli Gumum begitu berharap aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini tidak lagi berlaku, cukuplah apa yang telah berlaku sebelum ini hingga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna serta ekosistem.

  “Kami yang seramai 730 orang yakin dengan campur tangan Tuanku, aktiviti melombong di kawasan Tasik Chini tidak lagi berlaku dan mampu mengelakkan kemusnahan alam semulajadi daripada terus berlaku di situ. Yang lepas biarlah lepas, apa yang penting ia tidak terus berulang buat kali kedua,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Pemandangan Tasik Chini dari udara.

  Menurutnya, komitmen kerajaan negeri dan pihak yang berkaitan isu Tasik Chini untuk menerima saranan daripada Tuanku, memberi kelegaan kepada penduduk.

  “Kami penduduk Kampung Orang Asli Gumum menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada kerajaan negeri untuk terus membantu permasalahan dalam kampung Orang Asli sekitar Tasik Chini terutama dalam menambah baik sumber ekonomi penduduk.

  “Turut perlu diberi perhatian berkaitan infrastruktur dalam kampung, serta menghidupkan kembali keindahan Tasik Chini yang sepatutnya menjadi tarikan pelancong dan lagenda Tasik Chini akan kembali terkenal dipersada dunia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *